Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2024

12-14 Julai 2024 MAEPS Serdang - Hari Peneroka Felda 2024

  SERDANG - Sambutan Hari Peneroka Felda (HPF) 2024 mencatat kejayaan apabila berjaya menarik lebih 500,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjurannya. Pengarah Komunikasi Strategik Lembaga Kemajuan Tanah Persekutan (Felda), Syirfan Indra Mitra Surya Hussin berkata, kehadiran orang ramai yang menjangkaui sasaran menjadikan HPF 2024 sambutan Hari Peneroka terbaik dalam sejarah agensi itu. "Ini merupakan kali pertama sambutan Hari Peneroka dilaksanakan selama tiga hari dan ia berjaya mencapai sasaran kehadiran. "Insya-ALLAH, ini akan menjadi satu penanda aras kepada generasi baharu Felda dan sambutan yang akan datang,” katanya mewakili pengurusan Felda pada sidang media penutupan HPF 2024 di sini hari ini. Sambutan itu, yang bermula Jumaat lepas di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), menyasarkan kehadiran peneroka Felda, generasi baharu agensi tersebut dan orang ramai. Syirfan berkata, Felda juga berjaya menganjurkan HPF 2024 mengikut peruntukan yang ditetapkan i

2 JUL 2024 MSN Perak - Bukit Merah Laketown Resort

IPOH, 2 JULAI 2024 - RhinoAiriel hari ini mengambil para atlet dari negeri Perak untuk pergi ke Bukit Merah Laketown Resort bagi mengikuti program Kem Belang Tarung Tiga Warna 2024 selama 3 hari 2 Malam.  Kem Belang Tarung Tiga Warna ini adalah sebagai persiapan untuk semua atlet Perak bagi menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang akan berlangsung pada bulan September ini.  Kami bagi pihak RhinoAiriel mengucapkan selamat maju jaya dan berlatihlah bersungguh sungguh agar pingat emas itu boleh dikecapi. Demi lencana didada !

27 - 30 JUN 2024 MCKK Premier 7's 2024

  KUALA KANGSAR, 30 JUN 2024: Sekolah Sukan Tunku Mahkota Ismail (SSTMI) dinobatkan sebagai juara Kejohanan Ragbi MCKK Premier 7’s 2024 selepas mencatat kemenangan besar pada perlawanan akhir yang berlangsung pada Ahad. Pasukan itu menang 36-5 ke atas Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Tiga/Akademi Ragbi Selangor (Aras) yang juga merupakan juara bertahan. Kejayaan terbaharu itu menyaksikan SSTMI lima kali merangkul Piala NJ Ryan selepas pernah bergelar juara pada 2011, 2012, 2016, dan 2017. Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa berkenan mencemar duli menyampaikan hadiah kepada semua pemenang. Edisi ke-12 kejohanan ini turut disertai tiga pasukan antarabangsa – Akademi Shizuoka Seiko (SSA) dari Jepun, Sekolah Menengah Atas Darunnajah (SMAD) dari Jakarta, Indonesia dan Sekolah Tinggi Guanyin Perbandaran Taoyuan (GHS) dari Taoyuan City, Taiwan. Sebanyak 4 buah bas digunakan bagi mengambil dan menghantar para pemain di Kuala Lumpur International Airport (KLIA). Kredit berita : Astro