Skip to main content

12-14 Julai 2024 MAEPS Serdang - Hari Peneroka Felda 2024

 SERDANG - Sambutan Hari Peneroka Felda (HPF) 2024 mencatat kejayaan apabila berjaya menarik lebih 500,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjurannya.

Pengarah Komunikasi Strategik Lembaga Kemajuan Tanah Persekutan (Felda), Syirfan Indra Mitra Surya Hussin berkata, kehadiran orang ramai yang menjangkaui sasaran menjadikan HPF 2024 sambutan Hari Peneroka terbaik dalam sejarah agensi itu.



"Ini merupakan kali pertama sambutan Hari Peneroka dilaksanakan selama tiga hari dan ia berjaya mencapai sasaran kehadiran.

"Insya-ALLAH, ini akan menjadi satu penanda aras kepada generasi baharu Felda dan sambutan yang akan datang,” katanya mewakili pengurusan Felda pada sidang media penutupan HPF 2024 di sini hari ini.



Sambutan itu, yang bermula Jumaat lepas di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), menyasarkan kehadiran peneroka Felda, generasi baharu agensi tersebut dan orang ramai.

Syirfan berkata, Felda juga berjaya menganjurkan HPF 2024 mengikut peruntukan yang ditetapkan iaitu RM3 juta dengan bantuan tajaan syarikat swasta dan kementerian berkaitan.


Sebanyak 36 buah bas dibawah kendalian Rhinoairiel digunakan bagi menjemput dan mengambil warga FELDA di sekitar negeri Perak selama 3 hari program berlangsung.


Sumber: Sinar Harian 14 Julai 2024  https://www.sinarharian.com.my/article/675023/berita/nasional/hari-peneroka-felda-2024-tarik-lebih-500000-pengunjung

Comments

Popular posts from this blog

2 JUL 2024 MSN Perak - Bukit Merah Laketown Resort

IPOH, 2 JULAI 2024 - RhinoAiriel hari ini mengambil para atlet dari negeri Perak untuk pergi ke Bukit Merah Laketown Resort bagi mengikuti program Kem Belang Tarung Tiga Warna 2024 selama 3 hari 2 Malam.  Kem Belang Tarung Tiga Warna ini adalah sebagai persiapan untuk semua atlet Perak bagi menghadapi Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang akan berlangsung pada bulan September ini.  Kami bagi pihak RhinoAiriel mengucapkan selamat maju jaya dan berlatihlah bersungguh sungguh agar pingat emas itu boleh dikecapi. Demi lencana didada !

27 JUN 2024 Lawatan Murid & Ibubapa Tabika KEMAS ke Melaka Balik Hari

 Melaka, 27 Jun 2024 - Seramai 150 orang murid, ibubapa dan guru pengiring dari Tabika KEMAS telah bertolak dari sini tengah malam tadi untuk ke melaka bagi program lawatan sambil belajar. Antara tempat tempat bersejarah yang dilawati adalah Perigi Hang Tuah, Menara Taming Sari, Kota A'famosa dan Ocenarium Melaka. Para pelajar Tabika KEMAS tampak ceria dan bersemangat untuk belajar dan lihat tapak tapak bersejarah di Melaka. Sebanyak 4 buah bas digunakan untuk membawa para pelajar, ibubapa dan guru pengiring Tabika KEMAS.